kehidupan ini tiada benda yang kekal.

Friday, October 5

(':

tak semua faham kecuali kau. kekuatan aku adalah kau. matlamat kita untuk hari ini dan akan datang adalah bersatu dalam ikatan yang halal. insyaAllah kalau itu jodoh yang tertulis untuk kita. kalau kita gagal untuk kali kedua. mungkin itu jalan yang telah ditentukan. bila kau cuba fahamkan aku dan sedarkan aku dengan perasan sedih. aku selalu bersyukur sebab masih ada ruang untuk menjadi permaisuri dalam hati kau. kau selalu ingatkan aku. abaikan kata-kata kosong orang sebab bukan mereka yang menyuap nasi ke mulut kita. bukan mereka yang akan siapkan hantaran untuk kita kahwin nanti. terima kasih kerana masih paham situasi aku. biarkan kata-kata kosong terus berkata. biarkan hingga mereka puas. dan aku? masih bersama kau meniti hari-hari bahagia kita. masih bersama kau mencipta kenangan baru lagi. menjadi kekuatan kau bila kau rasa tersepit , susah dan senang kau kembali. menjadi separuh dari jiwa kau untuk memberi nafas baru dalam hidup kau untuk lalui cabaran di dunia gila ini. jujur bukan mudah aku nk berdepan dengan kekuatan aku yang rapuh. kau kenal aku sepenuhnya. kau faham jiwa aku. kau tahu persis tentang diri aku.

kalau kau adam yang terhebat yang telah diciptakan Allah untuk aku. aku harap kau teman hingga akhir zaman aku. ingat apa yang kau pernah pesan untuk aku. "dimana datangnya jodoh kalau kita tak usaha.". ye mungkin aku banyak mempersoalkan itu dan ini. sebab aku selalu diburu rasa takut && tak kuat untuk berdepan dengan lautan manusia yang bermacam-macam perangai. kau selalu ingatkan aku. usaha bukan sebelah pihak tapi usaha bersama. baru bahagia tu kita dapat rasa bersama-sama. lumrah berkasih-sayang bertikam lidah tapi hati mana boleh lawan perasaan sayang. terima kasih untuk cinta kau yang tak pernah #BERPALING dan berganjak walau sedikit pun MuhammadShafiqWalaili. (':