kehidupan ini tiada benda yang kekal.

Tuesday, March 15

tahu kah kita?

salam reader's.
today aku nk wt posting utk d kongsi bersama. sorry la klau ada yg kate klau aku nk tnjuk baik. tp bagi aku klau bnde baik, ta sala klau kongsi bersama kn?? hehe mudah-mudahan kite bersama2 mendpt keredhaan dariNYA. amin~ posting aku ringkas je. ASAL USUL SEMBAHYANG. klau ada yg da tahu ta sala utk berkongsi bersama kn? klau aku tersilap. sila bagi taw yer. thx. "sy hanya manusia biasa, yg ta lari dari melakukan kesilapan."

SUBUH
orang yang pertama yang mengerjakan sembahyang subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda merasa takut yang amat sangat. apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.

rakaat pertama;
baginda bersyukur  kerana terlepas dari kegelapan malam.
rakaat kedua
baginda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
orang pertama yang mengerjakan sembahyang zohor adalah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala ALLAH S.W.T telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datanganya pada waktu tergelincer matahari, lalu sujud lah Nabi Ibrahim a.s empat rakaat.

rakaat pertama;
bersyukur bagi penebusan
rakaat kedua;
bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya.
rakaat ketiga;
bersyukur dan bermohon keredhaan ALLAH
rakaat keempat;
bersyukur kerana korbannya berganti dengan tebusan kibas.


ASAR
org pertama yang mengerjakan sembahyang asar ialah Nabi Yunus a.s. iaitu tatkala baginda baginda dikeluarkan dari perut ikan Nun. ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan dari empat kegelapan;
rakaat pertama; kelam dengan kesalahan
rakaat kedua; kelam dengan air laut
rakaat ketiga; kelam dengan malam
rakaat keempat; kelam dengan perut ikan Nun

MAGRIB
orang pertama yang mengerjakan sembahyang magrib ialah Nabi Isa a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh ALLAH dari kejahilan dan kebodohan kaumnya. sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. bersyukurlah Nabi Isa a.s lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut;
rakaat pertama;
utk menafikan ketuhanan selain dari ALLAH yang maha esa.
rakaat kedua;
utk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang dituduh keran membuat perkara sumbang
rakaat ketiga;
untu meyakinkan kaumnya bahawa tuhan adalah satu, iaitu ALLAH. dan tiada yang lain.

ISYAK
org yangpertama yang mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s. pada ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan. sedang dalam dadanya penuh dengan duka cita. ALLAH menghilangkan  semua rasa duka citanya pada isyak yang terakhir. lalu bersembahyang la Nabi Musa empat rakaat.
rakaat pertama;
duka cita terhadap isterinya.
rakaat kedua;
duka cita terhadap saudaranya  Nabi Harun.
rakaat ketiga;
duka cita terhadap firaun.
rakaat keempat;
duka cita terhadap anak firaun.

p/s; semoga apa yang di kongsi dpt menambah ilmu kte semua. amin (:
(saya bukan nk tnjuk baik) 
thx reader's
...................

3 comments:

  1. nice one cik fatin. thanks kerana berkongsi ilmu baru ini.

    ReplyDelete
  2. HEHE tade hal la weyy stakat berkongsi apa yg aku bace utk kwn2 (:

    ReplyDelete
  3. bgs info fatin kita ne....LIKE!!

    ReplyDelete